Matlamat portal e-jkp ini dibangunkan ialah bagi mewujudkan hubungan dua hala dan persefahaman antara penduduk dan majlis melalui teknologi. Ruangan forum yang disediakan dalam portal ini sangat berguna kepada kedua-dua pihak dalam menyuarakan sebarang pendapat/komentar yang berbentuk perbincangan bagi sesuatu isu yang sesuai untuk diperbincangkan. Ahli jawatankuasa juga boleh saling berinteraksi dan bertukar pendapat dalam ruangan forum yang disediakan.
Diharapkan portal e-jkp ini mampu dijadikan sebagai medium berteknologi yang dapat merapatkan hubungan antara majlis dan penduduk dan dimanfaatkan sebaiknya oleh jawatankuasa penduduk khasnya dan masyarakat amnya dalam menyalurkan cadangan dan pendapat mereka berkaitan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh MPJBT seterusnya mendedahkan masyarakat kepada kepentingan teknologi masakini.